Posts

edup3023 (perkembangan kanak-kanak) PENYESUAIAN PRINSIP PERKEMBANGAN DENGAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Perkembangan dan pertumbuhan manusia bermula dari peringkat bayi sehingga kematian. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang penting kepada individu. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Menurut Santrock (2014), perkembangan ialah perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Bagi Wong Kiet Wah et al. (2...